MADU GAMAT TARIQ SUFI

Ramuan Rahsia Warisan Turun Temurun Daripada Pulau Langkawi

 

Satu Ramuan Gabungan Madu, Gamat dan Herba - herba terpilih yang sangat baik bagi:

i. Pemulihan Tenaga dan Rawatan Luka - Luka Dalaman untuk Wanita Selepas Bersalin

ii. Rawatan Buasir, Luka - Luka di Dalam Perut dan Usus

iii. Merawat Pembuluh Darah bagi penderita Sakit Darah Tinggi dan Sakit Jantung

iv. Merawat Sakit Lelah (Asma)

v. Melegakan Sakit Gastrik

vi. Merawat Penyakit Kencing Manis

vii. Meningkatkan Tenaga Dalaman dan banyak lagi khasiatnya kepada kesihatan badan.

 

Nota: Ini adalah ramuan pemakanan nutrisi tambahan harian untuk kesihatan badan secara am. Ia bukan ubat untuk rawatan apa – apa penyakit secara khusus.

 

 

Madu Gamat Tariq Sufi | ramuan madu dan gamat untuk merawat pelbagai penyakit

Dua sumber gergasi di dalam dunia kesihatan tradisional iaitu madu dan gamat kini digabungkan didalam satu ramuan yang mudah di ambil pada setiap hari. Hanya satu sudu besar dicampur ke dalam air suam dan diminum sekali di waktu awal pagi, dan sekali lagi di waktu petang.

(Kandungan botol 400ml. Cukup untuk 20 hari pemakanan.)

Ramuan ini juga mengandungi herba - herba terpilih yang terdapat di dalam hutan tropikal Malaysia, menjadikannya satu makanan nutrisi tambahan yang cukup bagi badan anda pada setiap hari.

Ramuan Rahsia Warisan Turun Temurun daripada Pulau Langkawi ini sudah diamalkan oleh penduduk setempat setelah sekian lama. Hasilnya, amat jarang pengamalnya menghadapi keletihan, diserang sakit - sakit biasa seperti batuk, selsema dan demam.

Malah, ketika ramai orang mengeluh ditimpa sakit akibat suasana jerebu yang selalu hadir ke negara kita pada setiap tahun, pengamal Ramuan Rahsia ini hanya tersenyum redha, tidak terkesan apa - apa pun kepada kesihatan mereka dan anak - anak mereka yang turut mengambilnya, dengan izin Allah.

Pemegang Formula Ramuan Rahsia ini pernah didekati oleh pengusaha bukan Islam dengan tawaran lumayan bagi mendapatkan komposisi formulanya, tetapi ditolak dengan baik. Ini adalah warisan kita orang - orang Islam Melayu. Ia mesti dijaga haknya dengan baik.

Jika di bandingkan dengan produk - produk gabungan Madu dan Gamat yang ada di pasaran, nilai khasiat Ramuan Rahsia Madu Gamat Tariq Sufi ini adalah lebih tinggi. Ini adalah kerana Formula Rahsianya, yang dapat menggabungkan Madu, Jelly Gamat dan Herba - Herba Terpilih di dalam komposisi yang tepat, hingga berjaya menghasilkan makanan nutrisi harian yang paling baik untuk badan.

 

 Harga Asal RM65. Selepas Tawaran 30% Diskaun, RM45. Masa Terhad 

Beli

[12/11/2017 – 198 Botol dalam Stok – Klik button ‘BELI’ dan ikut arahan seterusnya]

 

 

Berminat Untuk Menjadi Agen Jualan? Komisen Tinggi (28%-80%) - Klik Sini.

Anda Mencari Agen Jualan yang Berdekatan? - Klik Sini.

 


 

Madu Gamat Tariq Sufi: Mengapakah Makanan Nutrisi Seperti Produk Kami Penting Sebagai Makanan Tambahan Harian?

 

4 Patah Perkataan:

Kemerosotan Sistem Imunisasi Badan

 

Keadaan kesihatan penduduk Malaysia di waktu ini adalah sangat berlainan dengan masyarakat kita sekitar 50 - 100 tahun dulu. Iaitu di zaman nenek moyang kita dalam tahun 1900 hingga ke tahun 1950-an.

 

Di zaman ini, badan kita terdedah kepada 3 BAHAYA BESAR yang menyerang sistem imunisasi badan kita secara bertubi - tubi:

 

#1 - Kualiti Makanan dan Minuman yang amat merosot

madu gamat tariq sufi - kualiti makananDi zaman ini, hampir 100% sumber makanan kita telah tercemar dengan bahan – bahan kimia yang amat buruk kesannya kepada badan. Bermula dari benih atau keadaannya yang asal, sehinggalah sampai ke tangan pembeli atau pengguna, makanan dan minuman kita telahpun melalui pelbagai proses yang menggunakan sebegitu banyak bahan - bahan yang amat asing kepada badan kita.

Bahan - bahan kimia yang telah tercampur kedalam makanan dan minuman kita ini tugasnya adalah untuk mempercepat, mengawet, memperelok, merawat, dan mengubah makanan kita supaya lebih cantik di lihat, lebih tahan lama, lebih berperisa dan kononnya lebih bernutrisi.

Kini kesannya yang amat buruk telah dapat kita lihat; banyaknya penyakit - penyakit 'moden' yang dahulunya langsung tidak pernah didengari tetapi sekarang wujud di zaman kita ini, seperti obesiti, diabetes, Darah Tinggi, Sakit Jantung, Kanser dan sebagainya.

Sebab itulah kita amat perlu kepada pemakanan nutrisi tambahan seperti Madu Gamat Tariq Sufi yang tugasnya adalah untuk membenteng tubuh badan kita daripada anasir - anasir yang merosakkan ini.

 

#2 - Kualiti Udara yang sangat teruk

madu gamat tariq sufi - kualiti udara50 - 100 tahun dahulu Industri utama bagi Malaysia adalah pertanian. Di zaman itu masih banyak lagi pengangkutan dan pemprosesan yang tidak menggunakan petrol dan diesel. Penggunaan kereta ‘manual’ seperti kereta lembu dan basikal tiga tayar sangat biasa. Udara pada masa itu pastinya segar dan nyaman, tidak seperti sekarang.

Selepas tahun 80-an, industri berasaskan minyak dan gas amat pesat berkembang, sehingga ia menggantikan pertanian sebagai penyumbang utama kepada ekonomi Malaysia. Hasilnya cara hidup masyarakat kita pun bertukar dengan secara mendadak.

Dahulu masyarakat kita amat biasa pergi kemana – mana dengan hanya berbasikal. Sekarang, kita bergerak paling kurang pun dengan motor, atau bas dan lrt.

Akibatnya, udara yang kita hidu penuh dengan allergen dan bahan - bahan yang amat asing dan berbahaya kepada badan.

Ditambah pula dengan cuaca yang panas akibat fenomena El-Nino dan jerebu yang hadir pada setiap tahun, ini memburukkan lagi kualiti udara yang kita dan keluarga kita hidu pada setiap saat.

 

#3 - Cara hidup yang merosakkan badan, mental dan spiritual

madu gamat tariq sufi | stressRutin harian kita di zaman ini menyebabkan kita kurang mengambil berat terhadap kesihatan badan.

Pagi - pagi kita sudah pun keluar rumah untuk menghantar anak - anak ke sekolah dan pergi kerja. Jalan pula jem. Lewat petang baru kita pulang. Jalan pun jem lagi. Sampai di rumah kepenatan, layan TV sampai waktu tidur. Esok berulang lagi proses yang sama.

Rutin seperti ini sedar atau tidak menyebabkan kita stress. Ya, memang kita bersabar. Ini adalah lumrah, jadi buat apa nak komplen?

Tetapi badan dan minda kita menanggung stress. Dan stress adalah pemangkin atau pencetus utama kepada pelbagai penyakit.

Kita lihat, sekitar umur 30 - 40 an, badan kita sudah tidak bertenaga seperti biasa. Sedangkan ikut sunnah, hayat kita mungkin ada 20 - 30 tahun lagi. Oleh itu, adakah munasabah kita mesti berada dalam keadaan lemah, lesu dan sakit-sakit sedangkan umur masih lagi banyak berbaki?

Tak boleh ke kita menjadi seperti Baginda Nabi SAW yang sihat dan kuat, yang hebat dinampak oleh orang.

Bukankah kesihatan dan kekuatan badan itu suatu tuntutan yang mesti kita penuhi?

Jadi, kesimpulannya, janganlah kita terpedaya dengan nafsu, yang kononnya 'redha' dengan ketentuan ilahi. Sedangkan kita tidak berbuat apa - apa pun untuk memenuhi hak badan, seperti bersenam dan menjaga pemakanan.

Sekurang - kurangnya, ambillah suatu makanan nutrisi tambahan seperti Madu Gamat Tariq Sufi secara berdisiplin setiap hari, demi menjaga kesihatan badan.

 

Kenapa Anda Amat Perlu Kepada Madu dan Gamat?

Kehebatan Khasiat Madu kepada Tubuh Anda

 

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:

“Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah, "Buatlah sarang di gunung - gunung, di pohon - pohon kayu, dan di tempat - tempat yang dibikin manusia, (An-Nahl 16:68)

kemudian makanlah dari segala (macam) buah - buahan lalu tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)." Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam - macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sungguh, pada yang demikian itu benar - benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir.” (An-Nahl 16:69)

Di dalam Al-Quran, Surah An-Nalh ayat 68-69, jelas menyatakan bahawa madu lebah adalah penawar bagi manusia dari pelbagai masalah kesihatan contohnya seperti Sakit Jantung, Darah Tinggi, Kanser, Buasir, Tenaga Dalaman dan sebagainya.

Diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah r.a. katanya Nabi S.A.W. amat suka makanan manis dan madu. Rasulullah telah bersabda ”Siapa minum madu tiga pagi setiap bulan, ia tidak akan ditimpa penyakit berat”

Telah berkata Imam Ibn Qaiyim. “Dan petunjuk Rasulullah S.A.W. tentang minuman ialah baginda suka meminum madu yang dicampurkan dengan air sejuk.”

Dari Ibnu Abbas r.a Nabi S.A.W.:”Syifa' itu ada pada tiga perkara 1)  Minum Madu, 2) Berbekam, 3) Dengan besi panas. Dan aku melarang umatku dari besi panas itu”. (Hadis riwayat Bukhari).

 

Pakar perubatan Islam juga banyak menulis mengenai madu.

 

Al-Hafiz Ibnu Abi Dunya dalam kitabnya al-Asyrof fi Manazil al- Asyrof menyatakan,”Sesungguhnya madu bila diminum, ia akan memelihara perut, kemudian ia akan menghapus penyakit, menambah kekuatan urat saraf dan melancarkan pembuluh darah dan urat".

Al-Muwaffaq al-Baghdadi menulis:”Fungsi Madu adalah membuang lebihan bahan toksik daripada usus, menguatkan perut, membersihkan hati, melawaskan kencing, membersihkan paru-paru, sangat baik bagi membuang lebihan lendir dari badan, yang menyebabkan badan rasa sejuk - sejuk dan batuk".

Ibnu Sina (890-1037), Bapa kedoktoran dunia dan Ilmuwan Islam di abad ke-10 Masehi, mengulas mengenai khasiat madu keatas badan: Ia dapat menyembuhkan banyak penyakit dari yang ringan sampai yang berat, seperti tekanan Darah Tinggi dan Sakit Jantung. Madu juga dapat mengawal selia suhu badan serta rembesan, sehingga dapat menyembuhkan demam. Madu lebah juga dapat menguatkan semangat, menambah kerajinan dan, menjaga awet muda dan melancarkan percakapan”.

Disini kita dapat simpulkan bahawa madu merupakan makanan sunnah dan mengandungi banyak khasiat dan dijadikan ubatan sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran.

 

Kehebatan Khasiat Gamat kepada Tubuh Anda

 

Dr. Hariadi (lulusan Fak. Kedoktoran UNDIP) : "Kandungan kolagen pada Gamat boleh menyembuhkan Hepatitis-B dengan cepat, hal ini disebabkan Gamat memiliki kemampuan meregenerasi sel dalam masa yang singkat".

Li Z, Wang H dan Zhang G (daripada Shanghai Institute of Hematology, Shanghai Second Medical University, China) menyatakan Gamat sebagai anti-penggumpalan dan pembekuan darah. Itu lantaran adanya senyawa glikosaminoglikan.

Prof Zaiton Hassan (peneliti dari Faculty of Food Science and Technology, Universiti Putra Malaysia, Malaysia) : Kandungan asam eicosapentaenat (EPA) dan asam docosahexaenat (DHA) relatif tinggi, masing-masing 25,69% dan 3,69%. Nilai EPA besar menandakan kecepatan Gamat memperbaiki sel - sel rosak dan menghalangi pembentukan prostaglandin penyebab radang tinggi.

Kajian Gamat tempatan hanya bermula pada awal 1980an di Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Sabah. Kemudian muncul beberapa kumpulan penyelidik lain misalnya dari Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.

Kumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia sehingga kini begitu tekun menjalankan ujikaji untuk mengenalpasti bahan - bahan bioaktif didalam Gamat untuk mengesahkan keberkesanannya. Kumpulan yang terdiri lebih daripada 20 orang ahli akademik ini diterajui oleh Prof Dr. Ridzuwan Hashim (PMK).

Analisa keatas tubuh dan cecair selom Gamat mendapati yang ianya tinggi dengan kandungan protein yang melebihi 44%, manakala karbohidrat antara 3-5% dan lemak sebanyak 1.5%. Komponen-komponennya termasuklah asid amino esential, kolagen, vitamin E, zat-zat galian seperti kromium, ferum, kadmium, mangan, nikel, kabalt dan zink.

Kandungan asid lemak penting seperti EPA (asid omega eikosapentaenoik) dan DHA (asid omega dekosaheksaenoik) turut memainkan peranan penting sebagai agen penyembuh luka (luka - luka dalam dan luar) dan antithrombotik iaitu berupaya mengurang kan kejadian pembekuan darah di dalam saluran darah. Ini dapat mengurangkan risiko penyakit 'Strok' dan 'Jantung'.

Kedua-dua asid ini dipercayai juga membantu memperlahankan proses degenerasi sel disamping melambatkan proses penuaan (Awet Muda). Bahan bioaktif didalam Gamat turut berkesan sebagai antioksidan yang membantu mengurangkan kerosakan sel dan tisu tubuh. Ia juga penting untuk menjamin kesuburan badan.

Kesan anti-bakteria anti-fungus meningkatkan kemampuannya untuk tujuan rawatan kulit. Gamat juga didapati mempunyai kesan anti-nosiseptif (penahan sakit) dan anti-inflamasi (lawan radang dan surut bengkak).

Kajian pemerhatian terhadap penduduk di Kudat, Semporna, Setiu, Kuantan, Pekan dan Pulau Pangkor menguatkan lagi bukti keberkesanan Gamat sebagai agen anti-hipertensi (mengurangkan tekanan Darah Tinggi). Sementara kajian-kajian di luar negara turut menyerlahkan potensi Gamat sebagai anti-tumor dan memberi kesan positif terhadap penyakit Aids.

Secara tradisional pula, GAMAT dipercayai berkesan

  • untuk meningkatkan kesihatan badan,
  • mempercepatkan penyembuhan luka luaran dan dalaman,
  • mengurangkan rasa sakit sendi, badan dan lenguh otot,
  • menghindari masalah alahan dan lelah,
  • melawan radang dan meredakan bengkak,
  • melancarkan pengaliran darah,
  • memulihkan sistem peranakan selepas Bersalin,
  • masalah Resdung, Buasir dalam dan luar,
  • mencantikkan kulit dan awet muda,
  • meningkatkan metabolisma dan membantu masalah keletihan,
  • menghindari sembelit dan masalah Buasir, menguatkan Tenaga Batin,
  • melegakan migrain
  • mengurangkan tekanan Darah Tinggi dan mengawal kencing manis, kolestrol serta lain-lain lagi

 

Khasiat Madu Gamat Tariq Sufi

 

Madu Gamat Tariq Sufi - Left Madu Gamat Tariq Sufi | Tariq Sufi Marketing

 

Khasiat Madu Gamat Tariq Sufi secara Am

  1. Memulih dan memperbaiki prestasi organ dalam tubuh seperti limpa, buah pinggang dan jantung.
  2. Melegakan lelah, asma, batuk, sakit kepala (migrain), selalu sejuk kaki dan tangan.
  3. Merawat ulser dan melegakan gangguan gastrik.
  4. Merawat sakit Buasir dan luka - luka di dalam perut.
  5. Melancarkan peredaran darah dengan merawat pembuluh - pembuluh darah yang tersumbat akibat kolestrol. Dengan ini menjaga kesihatan Jantung dan merawat Darah Tinggi.
  6. Membantu perkembangan otak anak - anak supaya lebih cergas dan peka.
  7. Memperkuat daya ketahanan badan (antibodi badan yang lebih aktif dan mantap).
  8. Boleh mengatasi sakit - sakit biasa seperti batuk, selsema dan demam.
  9. Melancarkan pencernaan (buang air besar tak lawas).
  10. Berfungsi untuk mengeluarkan angin dan lemak yang terdapat dalam urat dan pembuluh darah badan kita.
  11. Sangat baik untuk ibu-ibu yang baru Bersalin kerana selain merawat saluran peranakan, madu gamat tariq sufi ini juga boleh memberikan tenaga.
  12. Bagi lelaki yang inginkan kekuatan tenaga batin yang mantap, amalkan minum campuran ramuan Madu Gamat Tariq Sufi dengan kuning telur ayam kampung. Insya Allah berhasil.
  13. Ramuan Madu Gamat Tariq Sufi ini adalah formula kepada Awet Muda, Tenaga Dalaman dan Umur yang Panjang (Dengan Izin Allah SWT)
  14. Rahsia kepada kulit yang cantik, berseri dan gebu.

Harga Asal RM65. Selepas Tawaran 30% Diskaun, RM45. Masa Terhad 

Beli

 

 

Latar Belakang Madu Gamat Tariq Sufi

Madu Gamat Tariq Sufi Di edarkan oleh

Tariq Sufi Marketing

 

Madu Gamat Tariq Sufi | Tariq Sufi Marketing

Empunya Tariq Sufi Marketing adalah 2 orang muda yang dipertemukan Allah di sebuah pusat tahfiz di Taman Keramat, KL.

Sheriman Ahmad adalah ayah kepada 3 orang anak yang masih kecil yang sedang menghafaz Al-Quran, dan Ustaz Muhammad Shah adalah salah seorang tenaga pengajar di pusat Tahfiz tersebut.

Kami dipertemukan dengan rahmat Allah, dan kami juga belajar dengan guru yang sama. Dengan Nama Allah, kami sangat senang bersahabat dan saling berbincang perihal kehidupan kami masing – masing bila berkesempatan.

Guru kami sering berpesan, adalah satu kewajipan bagi kami, orang – orang islam, untuk menyiapkan kekuatan daripada segi material dan rohani, supaya kami dapat menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini dan mempamerkan kehidupan Islam yang terbaik kepada masyarakat di sekeliling.

Atas dorongan inilah kami menubuhkan Tariq Sufi Marketing dan melancarkan MaduGamat.com untuk memasarkan produk sulung kami, Madu Gamat Tariq Sufi.

Pemegang Ramuan Rahsia Madu Gamat ini adalah ayah saudara kepada Ustaz Muhammad Shah sendiri, yang memberi izin kepada kami untuk memasarkan Ramuan Madu Gamat ini.

Adalah hasrat kami, dengan pelancaran MaduGamat.com dan tertubuhnya Tariq Sufi Marketing, kami dapat:

  • Berkongsi satu ramuan makanan nutrisi harian yang hebat, untuk kemaslahatan masyarakat Malaysia khususnya.
  • Menyediakan satu jalan rezeki kepada semua yang berminat melalui sistem pemasaran secara stokis dan agen jualan.
  • Menjadi inspirasi kepada pemuda – pemudi islam untuk mencari rezeki melalui perniagaan selaras dengan Sunnah Nabi Muhammad SAW

 

Bagaimana nak dapatkan Madu Gamat Tariq Sufi dengan segera?

 

Mudah sahaja. Klik button 'BELI' dan ikut sahaja arahan seterusnya.

Kami menggunakan perkhidmatan kurier Skynet bagi menghantar Madu Gamat Tariq Sufi yang anda pesan.

Produk akan sampai terus ke alamat yang anda berikan dalam masa 3 - 5 hari bekerja.

Jangan ragu - ragu, silalah klik Beli sekarang.

 

 Harga Asal RM65. Selepas Tawaran 30% Diskaun, RM45. Masa Terhad 

Beli

 

 

 

Terima Kasih daripada Tariq Sufi Marketing

 

 

Home - - - - - - Support