Ubat Buasir Tradisional Paling Mujarab: Madu Gamat Tariq Sufi

 

Kenali Penyakit Buasir dan Cara Terbaik Ubat Buasir

 

Penyakit buasir adalah suatu penyakit yang amat merimaskan dan juga boleh mencemaskan. Masakan tidak, penderita sakit buasir terpaksa menahan rasa janggal, kegatalan, kepedihan dan tekanan sakit di kawasan dubur hampir sepanjang masa.

Masa duduk, berdiri, berjalan dan berbaring, semuanya terasa. Hanya kesabaran yang mengiringi pesakit buasir sahaja yang memampukan mereka mengorak senyuman, dan bereaksi seolah–olah tiada apa–apa yang meresahkan mereka.

Sakit buasir boleh jadi mencemaskan dalam dua keadaan:

  • Bagi penderita buasir peringkat awal, bayangkan secara tiba – tiba mangkuk tandas anda berisi darah semasa atau selepas membuang air besar. Rasa takut dan terkejutnya Allah saja yang tahu.
  • Bagi penderita sakit buasir kronik, kehilangan darah melalui dubur secara berterusan boleh mendatangkan bahaya–bahaya lain, seperti keletihan ekstrim, dan lain – lain penyakit yang boleh muncul akibat kekurangan darah di dalam badan.

Peringatan Penting:

Anda sangat digalakkan untuk mendapatkan konsultasi (nasihat) daripada doktor jika anda dapati ada darah keluar semasa membuang air besar. Ia berkemungkinan juga merupakan tanda–tanda awal kanser usus.

Disclaimer (Penafian): Kandungan artikel ini sekadar pandangan peribadi penulis dan boleh di ambil sebagai informasi am sahaja. Kandungan artikel ini sama sekali tidak boleh menggantikan nasihat doktor atau pakar yang ahli di dalam bidang yang di bincangkan di sini. Sila dapatkan nasihat doktor atau pakar perubatan yang bertauliah berkenaan hal kesihatan anda.

 

Pengenalan Kepada Sakit Buasir

 

Buasir atau di dalam istilah bahasa Inggerisnya Hemorrhoids atau Piles adalah struktur saluran darah di terowongan (saluran) lubang dubur. Dalam keadaan sihat ia bertindak sebagai dinding yang mengawal pembuangan najis. Bila dinding ini membengkak atau meradang, maka ia di panggil sakit buasir.

 

Ubat Buasir Tradisional | Madu Gamat Tariq Sufi
Sumber imej: Google.com

 

Tanda-Tanda Buasir

 

  • Ada darah keluar semasa atau selepas membuang air besar. Biasanya darah ini berwarna merah cerah.
  • Rasa bengkak di dubur, gatal – gatal, pedih dan juga sakit.

 

Jenis – jenis Buasir (atau Simptom Buasir)

 

  • Buasir dalaman – Biasanya TIADA rasa apa – apa di dubur, tetapi keluar darah berwarna merah cerah semasa atau selepas membuang air besar. Ini bermakna ada luka di bahagian dalam usus.
  • Buasir Luaran – Ada rasa janggal seperti ada bengkak atau bonjolan di sekitar dubur. Juga akan terasa gatal – gatal, pedih dan sakit. Darah juga keluar semasa atau selepas membuang air besar, tetapi darahnya berkemungkinan berwarna lebih gelap.

 

Punca Buasir

 

Punca sebenar sakit buasir tidak diketahui. Tetapi penyebab buasir adalah tekanan darah yang melampau di kawasan dubur.

 

Antara amalan – amalan yang menjadi sebab buasir

 

  • Sangat kurang minum air seharian (paling bahaya kepada yang suka makan pedas–pedas)
  • Sangat kurang makan sayuran dan buah – buahan
  • Tidak berdisiplin dalam hal waktu makan. Suka melewat–lewatkan makan sampai berangin–angin perut. (antara punca utama buasir)
  • Suka meneran semasa membuang air besar (just let it flow naturally)
  • Suka berlama–lama di dalam tandas semasa membuang air besar, terutamanya dalam posisi mencangkung
  • Badan wanita mengandung yang tidak di sediakan dengan baik sebelum bersalin boleh mendatangkan sakit buasir selepas bersalin. Perlu amalkan senaman semasa mengandung. Termasuk dalam amalan ini adalah latihan pernafasan, supaya badan bersedia semasa saat kelahiran.

 

Rawatan Buasir

 

Merawat Buasir seperti merawat penyakit – penyakit lain, memerlukan kesabaran dan disiplin. Nak hilangkan buasir kena melalui dua peringkat:

  • Merawat Sakit Buasir
  • Mencegah Sakit Buasir

Jika merawat tetapi tiada disiplin dalam mencegah, maka sakit buasir akan datang balik. Tetapi jika berdisiplin dalam amalan mencegah buasir, insya Allah tak akan terkena penyakit buasir. Merawat Sakit Buasir pula mestilah daripada dua arah iaitu, daripada dalam dan juga luar.

 

Penting:

Jangan keliru bila merawat sakit buasir. Adakah anda merawat Kesan Sakit Buasir atau PUNCA Sakit Buasir?

Jika hanya merawat kesan sakit, bukan sahaja sakit buasir boleh berulang, tapi duit dan masa juga turut terbuang. Sebaliknya, fokus rawatan hendaklah kepada punca sakit, barulah dapat hasilnya iaitu sembuh daripada sakit.

 

Merawat Punca Sakit Buasir

 

Penyebab Utama Sakit Buasir adalah bila tekanan darah menjadi melampau di kawasan sekitar dubur. Jadi Fokus Rawatan Sakit Buasir mestilah: "Bagaimana nak normalkan tekanan darah di sekitar dubur ni?"

Bila tekanan darah normal di kawasan dubur, Insya Allah sakit buasir juga akan hilang.

Bagaimana? Lihat di bawah ni.

 

a) Merawat Sakit Buasir daripada dalam:

Ubat Buasir Tradisional Paling Berkesan Madu Gamat Tariq Sufi

Amalkan minum Ramuan Madu dan Gamat setiap hari.

 

Ia merupakan ubat buasir paling mujarab jika diamalkan.

Madu sangat baik untuk memberi tenaga kepada penderita buasir yang selalunya letih – letih badan. Begitu juga kepada orang–orang yang sihat. Madu juga mengawal-selia tekanan darah di seluruh badan. Ia merupakan suatu makanan sunnah yang terbaik untuk kemaslahatan badan keseluruhannya.

Gamat pula akan menyembuhkan luka–luka di dalam badan. Gamat juga berupaya untuk mengatur (regulate) pengaliran darah. Bermakna ia boleh mengatur supaya tekanan darah tidak melampau di bahagian dubur yang menjadi penyebab sakit buasir. Gamat juga boleh merawat dan memperkukuh dinding–dinding usus supaya kuat. Dinding usus yang nipis dan lemah boleh dilukakan oleh asid perut lalu menyebabkan pendarahan.

Jadi, amalan meminum ramuan yang terdiri daripada gabungan Madu dan Gamat boleh merawat Punca Sakit Buasir, bukan sekadar kesan sakit buasir sahaja. Ramuan ini sangat baik, bukan saja untuk penderita sakit buasir, tetapi untuk sesiapa sahaja bagi tujuan pencegahan penyakit dan kemaslahatan tubuh badan secara keseluruhan.

 

Adakah anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk Madu Gamat Tariq Sufi?

Sila Klik Di Sini

 

b) Merawat Sakit Buasir daripada luar:

 

Gunakan Minyak Kelapa Dara untuk kecutkan buasir luaran.

Bersihkan bahagian buasir luar dengan kapas yang bersih. Kemudian sapukan Minyak Kelapa Dara ke sekitar kawasan buasir. Ia akan memberi kelegaan serta – merta kepada kegatalan, kepedihan dan rasa sakit di kawan tersebut. Ia juga akan melembutkan dinding buasir yang bengkak dan meradang.

Merawat Sakit Buasir daripada dalam dan luar dengan mengamalkan meminum ramuan Madu dan Gamat dan menggunakan Minyak Kelapa Dara untuk rawatan luaran merupakan ubat buasir tradisional paling mujarab. Bila diamalkan, bengkak buasir boleh mengecut dan sakit buasir boleh hilang keseluruhannya dalam masa yang singkat. Insya Allah.

 

Mencegah Penyakit Buasir

 

Mudah saja. Pastikan anda tidak beramal dengan amalan – amalan di point 5] (Antara amalan – amalan yang menjadi sebab buasir) di atas. Anda nak hilangkan sakit buasir? Ikut sahaja petua di atas. Insya Allah, ada usaha adalah hasilnya.

 

Rumusan

 
Seperti yang di tekankan diatas, merawat tiada memberi makna jika tidak disertai dengan disiplin dalam mencegah.

Beramal lah dengan amalan yang menyihatkan badan.

Peringatan Penting:

Anda sangat digalakkan untuk mendapatkan konsultasi (nasihat) daripada doktor jika anda dapati ada darah keluar semasa membuang air besar. Ia berkemungkinan juga merupakan tanda–tanda awal kanser usus.

Semoga kita semua sentiasa berada di dalam kesihatan yang baik. Dan semoga semua yang dalam keadaan sakit, sembuh sepenuhnya daripada sakit.

Amin Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.

Sekian, Wassalam.

Sheriman
MaduGamat.com

 

 

Madu Gamat Tariq Sufi Dapat Membantu Anda Merawat Buasir

 

Jika anda berminat untuk membeli produk ini,  sila klik button 'BELI' dan ikut sahaja arahan seterusnya.

Kami menggunakan perkhidmatan kurier Skynet bagi menghantar Madu Gamat Tariq Sufi yang anda pesan.

Produk akan sampai terus ke alamat yang anda berikan dalam masa 3-5 hari bekerja.

Jangan ragu - ragu, silalah klik Beli sekarang.

 

 Harga Asal RM65. Selepas Tawaran 30% Diskaun, RM45. Masa Terhad 

Beli

 

 

Terima Kasih daripada Tariq Sufi Marketing

 

 

Home - - - - - - Support