Ubat Darah Tinggi Mujarab: Madu Gamat Tariq Sufi

 

Ubat Darah Tinggi Secara Tradisional, Bagaimana?

 

Seperti penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi juga bertindak sebagai ibu penyakit. Kerana jika tidak ditangani secara serius dan berdisiplin, berkemungkinan menyebabkan penyakit-penyakit lain akan timbul. Kalau tak ubat darah tinggi, ia tak akan hilang macam tu saja. Perlu ambil tahu dan perlu ambil tindakan untuk menanganinya.

Contoh penyakit lain yang mungkin terhasil akibat tekanan darah tinggi:

  • Stroke
  • Sakit Jantung
  • Sakit Buah Pinggang
  • Kerosakan Mata
  • Pembuluh darah menjadi keras
  • Dan lain–lain

Disclaimer (Penafian): Kandungan artikel ini sekadar pandangan peribadi penulis dan boleh di ambil sebagai informasi am sahaja. Kandungan artikel ini sama sekali tidak boleh menggantikan nasihat doktor atau pakar yang ahli di dalam bidang yang di bincangkan di sini. Sila dapatkan nasihat doktor atau pakar perubatan yang bertauliah berkenaan hal kesihatan anda.

 

Sakit tekanan darah tinggi tak berapa mudah hendak di lihat akan tanda–tandanya. Yang merisaukan adalah bila tanda–tandanya telah jelas dapat dikenalpasti, mungkin ia sudah menjadi parah. Sebaiknya anda perlu ada jadual untuk memeriksa kadar tekanan darah di klinik yang berdekatan dengan secara berdisiplin. Inilah sebaik – baik cara untuk mengawal-selia kadar tekanan darah di dalam badan anda.

 

Punca Tekanan Darah Tinggi

 

Ubat Darah Tinggi Berkesan | Madu Gamat Tariq Sufi

 

Perlu diingatkan bahawa badan setiap orang berbeza, jadi kita tak dapat nak kenal pasti satu–satu punca yang khusus yang boleh menghasilkan tekanan darah tinggi di dalam badan. Ada orang yang cukup peka kepada keperluan badannya dan berdisiplin pula dalam menjaganya. Namun naik juga tekanan darahnya. Tapi dengan disiplinnya insya Allah, dia dapat mengawal kesihatan dirinya.

Ada pula orang yang sangat sambil lewa dengan kesihatan dirinya. Tapi sihat wal-afiat 100% pula. Walau bagaimana pun, secara amnya kita bolehlah menyenaraikan beberapa amalan yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dalam badan seseorang seperti berikut:

  • Amnya tekanan darah boleh naik bila umur semakin meningkat. Jadi, rajin – rajinlah pergi buat check-up (memeriksa) untuk tahu kadar tekanan darah dalam diri anda.
  • Badan terlalu acidic (kadar asid badan tinggi), akibat diet (pemakanan) yang rata – ratanya berasid.
  • Kegemukan (BMI melebihi paras normal)
  • Garam dalam makanan tinggi
  • Merokok
  • Stress
  • Banyak minum kafein
  • Kurang atau tak bersenam langsung

 

Penawar Darah Tinggi

 

Cuba anda perhatikan senario ni:

Anda kayuh basikal ke sekolah setiap hari dan anda bawa pam basikal, sebab anda tahu tayar basikal tu bocor. Jadi bila tayar tu dah kempis dan rasa tak selesa basikal tu untuk dikayuh, anda pun turun. Pam angin ke dalam tayar tu penuh–penuh dan kayuh balik. Anda ok je dengan cara ni sebab dah biasa. Tapi agak leceh juga sebab bila bawa pam basikal tu, takde ruang la pulak di basikal tu nak tumpangkan awek cun sekelas yang jaraknya cuma 2 buah rumah daripada anda.

Soalan: Anda nak teruskan amalan macam ni, atau anda nak berhenti sejenak untuk berfikir, dan pergi tampal tayar tu di kedai basikal apek dihujung kampung yang jaraknya tak berapa jauh dan akan ambil hanya satu setengah jam saja?

Bayangkan, dengan tayar yang dah elok bertampal, anda tak perlu lagi usung pam basikal tu. Sebaliknya anda dapat tumpangkan awek cun sekelas tu setiap hari.

Macam tu lah juga dalam rawatan Tekanan Darah Tinggi.

Anda nak merawat yang mana satu?

Kesan Darah Tinggi atau Punca Darah Tinggi?

Mestilah Punca Darah Tinggi, betul tak?

 

Punca Sebenar Tekanan Darah Tinggi

 

Sebenar - benarnya, yang menyebabkan kadar tekanan darah menjadi tinggi adalah kerana saluran pembuluh darah dah sempit, akibat kolestrol bergumpal melekat–lekat di dinding-dindingnya. Jadi darah dalam badan susah untuk mengalir. Jantung dipaksa berhempas–pulas untuk pam dengan kuat supaya darah dapat juga mengalir ke seluruh badan.

Jadi fokus rawatannya adalah–

  • Bagaimana untuk menanggalkan kolestrol yang melekat – lekat di dinding pembuluh darah dalam badan?
  • Bagaimana untuk merawat pembuluh – pembuluh darah yang menjadi keras dan meradang akibat lekatan kolestrol ni?

Jawapannya:

Amalkan minum ramuan Madu bercampur Gamat untuk merawat sakit tekanan darah tinggi.

Ubat Darah Tinggi Secara Tradisional | Madu Gamat Tariq Sufi

Sila perhatikan apa peranan madu bila masuk ke dalam badan anda:

  • Al-Hafiz Ibnu Abi Dunya dalam kitabnya al-Asyrof fi Manazil al-Asyrof menyatakan,”Sesungguhnya madu bila diminum, ia akan memelihara perut, kemudian ia akan menghapus penyakit, menambah kekuatan urat saraf dan melancarkan pembuluh darah dan urat.
  • Ibnu Sina (890-1037), Bapa kedoktoran dunia dan Ilmuwan Islam di abad ke-10 Masehi, mengulas mengenai khasiat madu keatas badan: Ia dapat menyembuhkan banyak penyakit dari yang ringan sampai yang berat, seperti tekanan Darah Tinggi dan Sakit Jantung. Madu juga dapat mengawal selia suhu badan serta rembesan, sehingga dapat menyembuhkan demam. Madu lebah juga dapat menguatkan semangat, menambah kerajinan dan, menjaga awet muda dan melancarkan percakapan”.

Tengok macam mana hebatnya Madu. Inilah makanan sunnah yang telah dinyatakan di dalam Al-Quran dan telah diamalkan setelah sekian lama oleh ramai orang kerana khasiatnya kepada badan.

 

Sekarang kita lihat pula kehebatan Gamat kepada badan kita:

  • Li Z, Wang H dan Zhang G (daripada Shanghai Institute of Hematology, Shanghai Second Medical University, China) menyatakan Gamat sebagai anti-penggumpalan dan pembekuan darah. Itu lantaran adanya senyawa glikosaminoglikan.
  • Kandungan asid lemak penting seperti EPA (asid omega eikosapentaenoik) dan DHA (asid omega dekosaheksaenoik) turut memainkan peranan penting sebagai agen penyembuh luka (luka - luka dalam dan luar) dan antithrombotik iaitu berupaya mengurangkan kejadian pembekuan darah di dalam saluran darah. Ini dapat mengurangkan risiko penyakit 'Strok' dan 'Jantung'.
  • Kajian pemerhatian terhadap penduduk di Kudat, Semporna, Setiu, Kuantan, Pekan dan Pulau Pangkor menguatkan lagi bukti keberkesanan Gamat sebagai agen anti-hipertensi (mengurangkan tekanan Darah Tinggi). Sementara kajian-kajian di luar negara turut menyerlahkan potensi Gamat sebagai anti-tumor dan memberi kesan positif terhadap penyakit AIDS.

Tengok macam mana kehebatan Madu dan Gamat dalam menangani masalah tekanan darah tinggi.

 

 

Adakah anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk Madu Gamat Tariq Sufi?

Sila Klik Di Sini

 

Rumusan

 

Alam dah sediakan pun penawar darah tinggi. Kita saja yang perlu ambilnya sebagai amalan. Kalau anda tercari cari ubat darah tinggi secara tradisional atau ubat darah tinggi paling mujarab, inilah dia. Amalkan minum ramuan Madu campur jelly gamat 2 kali sehari pada setiap hari. Itu sahaja.

Apapun, setiap ubat ada penawarnya, temasuk darah tinggi. Begitu juga akan hal kemujarabannya, serahkan sahaja kepada Allah SWT. Kita boleh berusaha, hasilnya terserah kepada Allah SWT.

Semoga yang sihat terus sihat, dan semoga yang sakit kembali sihat.

Sekian daripada saya.

Sekian, Wassalam.

Sheriman
MaduGamat.com

 

 

Madu Gamat Tariq Sufi Sebagai Ubat Darah Tinggi Yang Mujarab

 

Jika anda berminat untuk membeli produk ini,  sila klik button 'BELI' dan ikut sahaja arahan seterusnya.

Kami menggunakan perkhidmatan kurier Skynet bagi menghantar Madu Gamat Tariq Sufi yang anda pesan.

Produk akan sampai terus ke alamat yang anda berikan dalam masa 3-5 hari bekerja.

Jangan ragu - ragu, silalah klik Beli sekarang.

 

 Harga Asal RM65. Selepas Tawaran 30% Diskaun, RM45. Masa Terhad 

Beli

 

 

Terima Kasih daripada Tariq Sufi Marketing

 

 

Home - - - - - - Support