Ubat Gastrik Paling Mujarab: Madu Gamat Tariq Sufi

 

Kenali Gastrik dan Ubat Gastrik Paling Mujarab

 

Siapa tak kenal Sakit Gastrik ("Gastritis")? Bagi yang pernah mengalaminya pasti tahu bagaimana tak selesanya dan pedihnya, dan bagaimana penyakit gastrik tu sampai boleh melupakan penderitanya akan hal – hal yang lain. Fikirannya pada masa tu hanyalah “Bagaimana nak ubat gastrik ni?”

Kesakitan Gastrik ni juga ada peringkat – peringkatnya. Ada yang ringan dan sekejap saja. Dan ada yang azab sakitnya bagi yang sakit gastrik kronik. Mari kita kenal sikit akan penyakit gastrik ni supaya kita lebih berilmu dalam menanganinya.

Disclaimer (Penafian): Kandungan artikel ini sekadar pandangan peribadi penulis dan boleh di ambil sebagai informasi am sahaja. Kandungan artikel ini sama sekali tidak boleh menggantikan nasihat doktor atau pakar yang ahli di dalam bidang yang di bincangkan di sini. Sila dapatkan nasihat doktor atau pakar perubatan yang bertauliah berkenaan hal kesihatan anda.

 

Pengenalan Kepada Gastrik

 

Gastrik sebenarnya adalah sejenis penyakit yang berpunca daripada keradangan, kerosakan atau kehakisan bahagian lapisan sebelah dalam perut. Ia boleh jadi secara tiba–tiba ataupun terjadi sedikit demi sedikit dalam suatu tempoh.

 

Ubat Gastrik Paling Mujarab | Madu Gamat Tariq Sufi

 

 

Punca Gastrik

 

Sebab Gastrik banyak, antara penyebab gastrik ialah:

  • Tak berdisiplin dalam hal waktu makan. Perangai makan ikut ‘dan’ je (loghat utara). Sarapan bila lapar, contoh pukul 11 pagi. Makan tengahari pukul 5 petang, bila kerja dan selesai. Makan malam pula sebelum tidur. Sebelum terkena sakit baik sedar daripada sekarang, tabiat macam ni ada padahnya.
  • Merokok. Ia boleh / akan merosakkan lapisan dalam tenggorok, perut dan usus.
  • Minum minuman berakohol
  • Penderita penyakit berat. Selalunya akibat ubat – ubatan yang terpaksa di ambil.
  • Jangkitan bakteria dan virus
  • Cecair hempedu yang masuk ke perut.
  • Gastrik semasa mengandung atau hamil (mungkin akibat daripada ketidakseimbangan hormon di dalam badan semasa tempoh kehamilan)
  • Dan lain–lain sebab

 

Tanda-Tanda atau Simptom Gastrik

 

Gastrik ada pelbagai tanda atau gejala. Lain orang lain tandanya. Namun secara amnya kita boleh senaraikan tanda sakit gastrik seperti berikut:

  • Rasa mual dan sakit perut yang berulang
  • Perut kembung (gastrik angin)
  • Sakit bahagian atas perut (gastrik dan sakit dada)
  • Muntah
  • Tak hadam
  • Rasa pedih atau mencengkam di dalam perut di antara waktu makan atau pada waktu malam
  • Sedu yang banyak berulang
  • Hilang selera makan
  • Muntah bercampur darah atau bahan seumpama serbuk kopi (tanda gastrik teruk atau kronik)
  • Najis berwarna hitam dan melekit (tanda gastrik teruk atau kronik)

 

Ubat Gastrik Paling Mujarab Sebagai Rawatan

 

Kita akan bahaskan rawatan gastrik secara tradisional. Sebenarnya ia lebih mudah dan selamat daripada mengambil pil antasid yang dijual dipasaran. Tapi sebelum saya persembahkan ubat gastrik tradisional yang paling mujarab, mari kita lihat beberapa kaedah atau amalan dalam merawat sakit gastrik ni dulu.

Ada 2 peringkat dalam merawat gastrik ni, yang pertama ialah merawat bila sedang sakit dan yang kedua ialah merawat gastrik sebelum terkena (pencegahan sakit gastrik).

 

a) Rawatan Gastrik Bila Sedang Mengalami Sakit

  • Berhenti merokok
  • Berhenti ambil ubat – ubatan bagi penyakit lain (jika dibenarkan oleh doktor)
  • Jangan makan langsung makan berempah dan pedas
  • Makan sikit – sikit tapi kerap
  • Berhenti minum teh, kopi dan jangan langsung minum minuman berkarbonat
  • Jangan ambil makanan yang berangin (tanya – tanyalah orang – orang tua kalau tak pasti)
  • Jangan minum susu lembu dan makan makanan berasaskan gandum
  • Minumlah susu kambing

b) Rawatan Pencegahan Gastrik (beringat sebelum kena)

  • Berdisiplin dalam hal waktu makan.
  • Berhenti merokok
  • Jangan suka sangat makan jeruk (boleh terkena bakteria yang mungkin ada dalam tu)
  • Jangan kerap makan makanan segera (mee, mihun, apa – apa yang segera)
  • Kurangkan sekurang – kurangnya minum minuman bergas
  • Jangan suka sangat makan sampai terlalu kenyang
  • Kawal stress

 

Sekarang Masa Untuk Penawar Gastrik Paling Mujarab

 

Apakah ia?

Jawapannya, amalkan pengambilan ramuan madu bercampur gamat.

Ubat Gastrik Paling Mujarab | Madu Gamat Tariq Sufi

Lihat khasiat Madu kepada Penderita Sakit Gastrik:

  • Makanan sunnah yang termaktub di dalam Al-Quran sebagai penyembuh bagi manusia.
  • Madu akan merawat lapisan dalam perut, esofagus dan usus.
  • Madu mengawal-selia sistem rembesan tubuh badan
  • Madu membantu badan dalam meneutralkan asid perut
  • Dan banyak lagi khasiatnya kepada badan

Sekarang lihat pula Khasiat Gamat untuk Melawan Gastrik:

  • Gamat memperbaiki sel – sel badan yang rosak, termasuklah dinding bahagian dalam perut yang meradang, rosak dan terhakis.
  • Gamat menyembuhkan luka dalaman seperti ulcer perut akibat gastrik
  • Gamat bertindak sebagai antioksidan yang membantu menghalang kerosakan sel – sel dalam badan
  • Gamat meredakan keradangan di dinding dalam perut

Amalan meminum ramuan Madu dan Gamat berupaya untuk merawat sakit gastrik di dalam kedua–dua keadaan, semasa menderita sakit gastrik dan juga sebagai pencegahan kepada sakit gastrik.

 

Cara ambilnya mudah sahaja

Satu sudu besar ramuan madu dan gamat di campur ke dalam segelas air suam. Diminum sekali di awal pagi (sebelum minum atau makan apa–apa) dan segelas lagi di waktu petang atau malam. Amalkanlah dan saksikan kehebatannya dalam menangani sakit gastrik yang anda deritai.

Atau lebih baik, amalkannya SEBELUM anda sakit apa–apa. Rajin-rajinlah jaga kesihatan badan.

Untuk pengetahuan anda, madu gamat juga mampu merawat penyakit-penyakit lain, seperti asma, buasir, dan juga kencing manis.

 

 

Adakah anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk Madu Gamat Tariq Sufi?

Sila Klik Di Sini

 

 

Semoga penulisan ini meberi manfaat kepada kita semua.

Semoga yang sihat terus sihat, dan semoga yang sakit sembuh secepat mungkin. Amin.

Sekian, Wassalam.

Sheriman
MaduGamat.com

 

 

Madu Gamat Tariq Sufi Dapat Membantu Anda Melawan Penyakit Gastrik

 

Jika anda berminat untuk membeli produk ini,  sila klik button 'BELI' dan ikut sahaja arahan seterusnya.

Kami menggunakan perkhidmatan kurier Skynet bagi menghantar Madu Gamat Tariq Sufi yang anda pesan.

Produk akan sampai terus ke alamat yang anda berikan dalam masa 3-5 hari bekerja.

Jangan ragu - ragu, silalah klik Beli sekarang.

 

 Harga Asal RM65. Selepas Tawaran 30% Diskaun, RM45. Masa Terhad 

Beli

 

 

Terima Kasih daripada Tariq Sufi Marketing

 

 

Home - - - - - - Support