Ubat Kencing Manis Tradisional Paling Mujarab: Madu Gamat Tariq Sufi

 

Cara Ubat Kencing Manis Secara Tradisional

 

Kita nak bahaskan ubat kencing manis secara tradisional. Tapi elok juga kita bagi pengenalan sikit tentang penyakit kencing manis ni supaya kita lebih berilmu dalam menanganinya. Seperti merawat mana–mana penyakit, nak ubat sakit kencing manis tidak boleh sembarangan cara. Takut kelak hasrat nak pulih, tapi menjadi lebih mudarat pula.

Baik. Kita mulakan pembicaraan.

Disclaimer (Penafian): Kandungan artikel ini sekadar pandangan peribadi penulis dan boleh di ambil sebagai informasi am sahaja. Kandungan artikel ini sama sekali tidak boleh menggantikan nasihat doktor atau pakar yang ahli di dalam bidang yang di bincangkan di sini. Sila dapatkan nasihat doktor atau pakar perubatan yang bertauliah berkenaan hal kesihatan anda.

 

Pendahuluan

 

Penyakit Kencing Manis atau Diabetes boleh dikatakan sebagai ibu penyakit.

Kerana apa?

Kerana jika tidak di ambil serius dan di tangani dengan secara berdisiplin, penyakit kencing manis ni boleh mengundang penyakit–penyakit berat yang lain seperti:

  • sakit jantung
  • stroke
  • kerosakan buah pinggang
  • mata rabun teruk yang boleh menjadi buta
  • kerosakan pembuluh darah dan saraf
  • keletihan yang melampau
  • penyakit pengsan
  • ulcer kaki
  • kulit kering melampau
  • sakit darah tinggi
  • luka lambat sembuh
  • sakit – sakit biasa lambat sembuh dan banyak lagi

Dengan kata lain, sakit kencing manis akan memporak–porandakan badan kita jika dibiarkan. Maka jangan di ambil mudah bila tanda–tandanya dah muncul pada badan kita.

Ubat Kencing Manis Tradisional Paling Mujarab | Madu Gamat Tariq Sufi

 

Pengenalan Kepada Sakit Kencing Manis

 

Salah faham yang biasa kita dengar berkenaan kencing manis adalah–ia terhasil apabila kandungan gula dalam darah kita tinggi, yakni melebihi paras optimum (normal). Sebenarnya, sakit kencing manis adalah keadaan di mana badan kita tak dapat hasilkan, atau tak dapat gunakan secara baik suatu hormon di dalam badan yang dinamakan insulin.

Insulin ni kerjanya adalah mengatur kadar glukos (gula) dalam darah.

Maka hasil daripada masalah ini, penyakit kencing manis boleh ada dalam dua keadaan:

  • Gula dalam darah kita lebih tinggi daripada paras normal, atau
  • Gula dalam darah kita lebih rendah daripada paras normal

Sekarang anda lihat. Penyakit kencing manis boleh terjadi dalam kedua – dua keadaan. Jadi bagaimanakah anda dapat mengambil mana – mana ubat kencing manis secara semborono jika anda tak tahu dalam keadaan yang mana satukah anda berada?

Namun begitu, jangan resah.

Yakinlah bahawa Ubat Kencing Manis itu ada, cuma anda perlu tahu akan tanda – tandanya dulu.

 

Simptom Penyakit Kencing Manis

a) Sakit Kencing Manis dengan kadar gula tinggi

  • Dahaga yang melampau
  • Kerap sakit kepala
  • Susah nak fokus
  • Pandangan jadi rabun
  • Kerap sangat kencing
  • Keletihan yang melampau, badan rasa lemah
  • Berat badan turun
  • Kandungan gula dalam darah tinggi melebihi 180 mg/dL

b) Sakit Kencing Manis dengan kadar gula rendah

  • Kerap berpeluh. Biasanya di belakang leher
  • Rasa cemas, badan menggeletar dan lemah
  • Lapar yang melampau disertai dengan sedikit rasa mual
  • Pening–pening, terhoyong–hayang dan sakit kepala
  • Pandangan jadi rabun
  • Degup jantung laju dan rasa risau tak kehaluan

 

Rawatan Kencing Manis

 

Dalam merawat mana – mana penyakit, anda boleh jadi merawat simptomnya ataupun puncanya. Bila merawat simptom (kesan sakit kencing manis), anda melegakan satu – satu keadaan, tapi hanya dalam suatu tempoh yang sementara. Penyakit itu besar kemungkinannya akan berulang.

Sebaliknya jika anda merawat punca penyakit, insya Allah, anda akan pulih daripada penyakitnya.

Baik. Kita lihat cara merawat simptom kencing manis dulu.

 

1. Kaedah merawat simptom (kaedah merawat KESAN kencing manis)

a) Untuk Kencing Manis dengan kadar Gula dalam darah tinggi:

  • Amalkan senaman secara berdisiplin dan berterusan. Senaman sangat membantu untuk mengembalikan sensitiviti sel – sel badan kepada insulin.
  • Kawal kadar pengambilan karbohidrat. Kurangkan makan nasi, roti dan lain – lain sumber karbohidrat.
  • Banyakkan makan fiber. Banyak makan sayur dan buah – buahan.
  • Lebihkan daripada biasa kadar air yang diminum setiap hari.
  • Kawal berat badan dengan diet yang sihat.
  • Berlapang dada. Kawal stress.
  • Rajin ukur kadar gula alam darah. Beli alat ukur dan buat sendiri atau rajin pergi buat check-up di klinik.

b) Untuk Kencing Manis dengan kadar Gula dalam darah rendah:

  • Amalkan minum jus buah
  • Amalkan makan anggur kering
  • Amalkan minum air glukos

Sekarang kita lihat cara merawat PUNCA sakit kencing manis pula.

 

2. Kaedah merawat Punca Sakit Kencing Manis (Ubat Kencing Manis Terbaik)

Ubat Kencing Manis Tradisional | Madu Gamat Tariq Sufi

Amalkan minum ramuan Madu bercampur Gamat sebagai Ubat Sakit Kencing Manis.

Pasti sebahagian daripada anda terkejut dengan kenyataan diatas.

Madu sebagai penawar kencing manis? Ye ke ni?

Ya. Madu memang manis, tapi ia bukan gula. Dan tidak sama sekali kesannya kepada badan seperti gula.

 

Mari kita lihat kesan Madu kepada Pesakit Diabetes:

  • Kadar gula dalam darah akan meningkat sebaik sahaja pesakit diabetes meminum madu. Tetapi selepas lebih kurang 2 jam. Kadar gula dalam darah akan turun ke paras normal. Kerana apa?
  • Kerana Madu membantu tubuh menghasilkan insulin. Seperti yang kita tahu (baca di atas), sakit kencing manis terhasil kerana badan tak dapat hasilkan insulin, atau tak dapat gunakan insulin dengan efecktif, menyebabkan kadar gula dalam darah di dalam badan menjadi tidak terkawal.
  • Madu sebenarnya bertindak sebagai regulator atau pengawal-selia keseluruhan keadaan badan, termasuk membetulkan keadaan metabolisma badan yang tak teratur akibat kekurangan fungsi pakreas yang menghasilkan insulin.
  • Pesakit kencing manis lebih bertenaga daripada biasa bila mengamalkan minum madu dengan secara teratur.
  • Dan banyak lagi khasiatnya kepada badan. Sedarlah bahawa Madu tidak dinyatakan di dalam Al-Quran sebagai ‘Ubat yang Menyembuhkan’ sekadar sia–sia sahaja. Ia adalah makanan sunnah yang sangat hebat dan terbaik untuk badan manusia.

 

Sekarang mari kita lihat pula kesan meminum Gamat kepada pesakit kencing manis:

  • Gamat bertindak sebagai pengawal-selia kepada pembuluh darah dan darah di dalam badan.
  • Gamat mengawal-selia kadar kolestrol dan glukos di dalam darah. Bermakna kadar gula dalam darah akan diatur oleh enzim–enzim yang terkandung di dalam gamat.
  • Gamat bertindak sebagai pemulih sel–sel dan fungsi organ dalaman badan termasuk pankreas yang tugasnya menghasilkan insulin.
  • Gamat merawat luka–luka badan daripada dalam.
  • Gamat mencantikkan kulit. Kulit yang kering akibat sakit kencing manis boleh pulih hasil daripada meminum gamat.
  • Dan banyak lagi kehebatan Gamat kepada badan.

 

Adakah anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk Madu Gamat Tariq Sufi?

Sila Klik Di Sini

 

 

Sekarang anda lihat perbezaan merawat ‘kesan sakit kencing manis’ dan juga ‘punca sakit kencing manis’. Ramuan Madu dan Gamat bertindak merawat terus ke PUNCA masalah, iaitu ke Pankreas dan Darah. Bila pembaikan di fokuskan ke asal atau punca, maka insya Allah, sakit kencing manis boleh di pulihkan sepenuhnya.

Yang penting, amalkan dengan aturan yang berdisiplin. Dan ubah cara hidup anda supaya amalan seharian anda tidak memudaratkan organ–organ badan yang bakal mengundang penyakit. Semoga kita semua sihat dan bahagia dalam kebaikan yang banyak. Amin.

Sekian, Wassalam.

 

Sheriman
MaduGamat.com

 

 

Madu Gamat Tariq Sufi Dapat Membantu Anda Merawat Kencing Manis

 

Jika anda berminat untuk membeli produk ini,  sila klik button 'BELI' dan ikut sahaja arahan seterusnya.

Kami menggunakan perkhidmatan kurier Skynet bagi menghantar Madu Gamat Tariq Sufi yang anda pesan.

Produk akan sampai terus ke alamat yang anda berikan dalam masa 3-5 hari bekerja.

Jangan ragu - ragu, silalah klik Beli sekarang.

 

 Harga Asal RM65. Selepas Tawaran 30% Diskaun, RM45. Masa Terhad 

Beli

 

 

Terima Kasih daripada Tariq Sufi Marketing

 

 

Home - - - - - - Support